Monday 28 January 2013

7 Tempat Menarik wajib pergi di Singapore

Lama betul krew ImpianSejati tidak meng"update" blogl. Jadi dikesempatan awal tahun ini kami krew ImpianSejati nak berkongsi info dengan anda diantara tempat yang menarik yang terdapat di Singapore. Sebenarnya banyak tempat menarik di Singapore tapi kami cuma pilih 7 tempat saja yang mana diambil secara rawak.....

1) Merlion Park











*gambar ehsan google








Merlion adalah tempat wajib singgah untuk mereka yang berkunjung ke Singapore. Disini terdapat sebuah Patung Singa (seperti didalam gambar). Sampainya anda disini dan bergambar berlatar belakangkan patung tersebut membuktikan yang anda benar-benar telah jejak ke Singapore. Disini juga anda boleh lihat bangunan paling popular di Singapore seperti Esplanade dan Marina Bay Sand Building (bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya)







2) Bugis Street
























Bagi mereka yang nak cari souvenir yang dari Singapore maka disini adalah tempat tebaik. Selain mempunyai harga yang berpatutan disini juga mempunyai pelbagai pilihan souvenir.




3) Pulau Sentosa ( Sentosa Island)


Disini terdapat pelbagai tarikan yang menarik. Ia menjadi tempat orang tempatan merehat-rehatkan diri di hujung minggu. Untuk ke sini anda boleh rasai sendiri menaiki kereta cable dengan pemandangan yang cukup mempersona. Anda juga boleh cuba banyak permainan yang di sediakan di sekitar pulau sentosa ini.


4) Universal Studio Singapore (USS)

Universal Studio Singapore adalah sebuah taman tema yang terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Taman tema ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti :-
 
Hollywood zone yang bertemakan selepas Hollywood Boulevard yang sebenar tahun 1970-an, zon Hollywood dirangka oleh seni bina yang dinamik dan 'Walk of Fame' Hollywood yang terkenal.


New York bertemakan selepas pasca-moden New York City yang mempunyai kaki lima dan mercu tanda klasik yang meniru bandaraya. Kawasan ini dipertingkatkan oleh lampu neon dan diapit oleh muka hadapan jalan yang ditetapkan babak untuk keseronokan bandar besar dan juga masa sebenar pengeluaran filem bagi kebanyakan filem blockbuster Hollywood. (* show Lights, Camera, Action)


Sci-Fi City bertemakan bandar-bandar metropolis dan mungkin kelihatan seperti ini di masa hadapan, dilengkapi dengan ruang unsur teknologi dan kemudahan moden. (*roller coaster)


Mesir Purba zon bertemakan  seni yang yang kaya dan artifak Mesir ditemui semasa Zaman Emas Eksplorasi Mesir pada tahun 1930-an. (*roller coaster Revenge of The Mummy) 


Madagascar zon mempunyai kapal kargo pelarian yang menempatkan Madagascar: A Crate Adventure. Ia juga mempunyai semua watak-watak dari Madagascar DreamWorks Animasi.


Lost World zon mempunyai dua kawasan kecil bertema: Jurassic Park dan Waterworld.


Far Far Away
zon ialah istana Far Far Away dipaparkan dalam Shrek Animasi DreamWorks'Disini kita boleh berjumpa dengan watak-watak dan animasi dalam filem Shrek.





Ini adalah tarikan utama dan kemungkinan besar pada hari ini adalah faktor utama sesetengah pengunjung datang ke pulau sentosa. Jika ditanya How many universal studios are there in the world? Jawabnya hanya ada empat sahaja iaitu di Hollywod,Orlando, Japan & Singapore Sahaja. Jadi beruntung kita tidak perlu keluar banyak duit untuk tempahan tiket penerbangan hanya mahu bermain di taman tema terhebat di dunia. Kunjung saja ke Singapore :)

Banyak 'customer' tanya tentang USS ni kan...apa yang ada dekat USS tu?,best ke tidak USS ni?.... sebenarnya macam-macam ada di USS ni.  1 hari pon rasa tak cukup lagi nak main dekat USS ni. Sekarang dah tahukan apa USS ni...kalau nak tahu lebih kena lah pergi...jom..



5) Taman Burung Jurong (Jurong Bird Park)


 Nak tengok lebih banyak burung yang pelik,unik dan menarik. Maka disinilah tempatnya. Terdapat mini train disini yang akan membawa anda sekitar taman burung ini. Burung yang terdapat di Jurong Bird Park terdapat 129 spesis dari seluruh dunia. Jadi disini juga adalah diantara tempat menarik bila anda pergi trip ke singapore




6) Orchard Road


Disini adalah tempat bagi mereka yang ingin cari barang branded. Terdapat pelbagai jenis barang branded dari seluruh dunia sepeti Coach, LV, Giorgio Armani, ZARA,Gucci dan pelbagai lagi. Ada setengah pihak mengatakan barangan jenama disini adalah jauh lebih murah yang terdapat di Malaysia :)



7) China street 



Di China Town juga adalah tempat untuk beli-belah pelbagai barangan dengan harga mampu beli. Persekitaran dengan bangunan yang terdapat disini saja dikekalkan agar nampak akan tradisi china di kawasan ini. Terdapat pelbagai makanan & resturant di kawasan ini tapi sayangnya tidak ada disediakan untuk makanan halal.



Jadi ini lah diantara tempat yang menarik yang terdapat di Singapore. Kami di ImpianSejati ada menyediakan trip ke singapore dengan harga mampu pergi untuk anda.

2 comments:

  1. Wow! bestnyerr!! Teringin nak pergi sana..tp nak bajet dlu..

    ReplyDelete
  2. Golden Garden pon antara best view d spore kann

    ReplyDelete